Berita

KPPA arah penjawat awam kemaskini maklumat dalam sistem PADU selewat-lewatnya 15 Febuari ini

Kredit foto: Facebook
- Diterbit 22 Januari 2024 12:06 PM MYT

KETUA Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz mengarahkan semua penjawat awam mengemas kinii maklumat masing-masing menerusi Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) selewat-lewatnya pada 15 Februari ini.

Menerusi surat pekeliling bertarikh dihantar kepada Ketua Setiausaha semua kementerian, semua ketua jabatan peringkat persekutuan, setiausaha kerajaan negeri serta ketua badan berkanun di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan pada 17 Januari lalu Wan Ahmad Dahlan berkata arahan itu dikeluarkan selaras dengan arahan Perdana Menteri pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang lalu.

“Perdana Menteri pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil. 1/2024 pada 14 Januari 2024 meminta supaya semua penjawat awam mengemas kini maklumat dan data dalam sistem PADU dengan kadar segera, selewat-lewatnya pada 15 Februari 2024.

“Sehubungan itu, adalah dimohon untuk memastikan seluruh warga kementerian dan agensi melakukan pendaftaran dan pengemaskinian di portal PADU melalui pautan https://padu.gov.my,” katanya menerusi pekeliling itu yang dikongsi di laman rasmi Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA )hari ini.

Kementerian Ekonomi diberi tanggungjawab untuk memantau dan memastikan kelancaran proses pendaftaran terbabit. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas