HARMONI Dalam Kepelbagaian diangkat sebagai tema dan landasan utama hala tuju Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menuju Perpaduan Dalam Kepelbagaian pada tahun 2025.
KPN dalam kenyataan menjelaskan, fokus utamanya adalah mewujudkan platform dan tapak integrasi yang dapat meningkatkan interaksi sosial antara rakyat berbilang bangsa iaitu pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program.
“Sebagai usaha untuk memastikan kesinambungan kestabilan negara, konsep Negara Bangsa akan diperkenalkan bagi membentuk satu masyarakat yang bersatu padu, menghormati perbezaan dan berkongsi identiti sebagai rakyat Malaysia.
“Negara Bangsa adalah satu usaha untuk menyatukan semua perbezaan ini di bawah payung identiti nasional,” ujarnya.
Terdahulu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang mengumumkan tema dan landasan utama KPN ketika menyampaikan ucapan amanat tahun baharu 2025 kepada seluruh pegawai dan kakitangan KPN di Dewan Damar Sari, Kompleks F, pada Selasa. – WILAYAHKU