KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) memberi jaminan bahawa semua aduan mengenai kes buli yang berlaku di sekolah akan disiasat.
Tegas Menterinya, Fadhlina Sidek, setiap aduan yang dikemukakan perlu menjalani prosedur melibatkan tempoh satu hari aduan, tiga hari siasatan dan tujuh hari penyelesaian.
Jelasnya, KPM menetapkan semua kes buli perlu dilaporkan kepada pengetua untuk tindakan selanjutnya.
“Penyelesaian kes buli adalah 90 peratus selesai dalam tempoh 15 hari selepas diadu melalui portal Aduan Buli. Bagi kes yang belum selesai adalah kes yang memerlukan siasatan lanjut melebihi 15 hari,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.- WILAYAHKU