Berita

KPM bantu pelajar Malaysia terlibat kemalangan di Mesir

- Diterbit 28 Januari 2025 3:24 PM MYT

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum akan lapan orang pelajar Malaysia daripada Universiti Al-Azhar yang terlibat dalam insiden kemalangan kenderaan ketika dalam perjalanan dari Kaherah ke Port Said pada 25 Januari lalu.

KPT berkata pihaknya sentiasa mengikuti secara rapat perkembangan situasi ini melalui Kementerian Luar Negeri (KLN).

KPT melalui Pejabat Education Malaysia Mesir (EMM) memantau perkembangan semasa pelajar yang terlibat.

“Lima orang pelajar dilaporkan mengalami luka ringan dan dirawat di wad pesakit luar, Hospital Sayed Galal, Kaherah manakala tiga orang pelajar lagi ditempatkan di wad kecemasan untuk rawatan lanjut,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, KPT berkata Jabatan Pendidikan Tinggi ingin menyatakan sistem pembangunan data yang telah disediakan melalui inisiatif pembangunan sistem MyData@EducationMalaysia4U.

Katanya, pelajar amat digalakkan untuk mengemas kini butiran diri dan pengajian pelajar ke dalam portal rasmi jabatan ini bagi tujuan capaian maklumat data yang tepat dan cepat sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

“Sebarang maklumat boleh terus berhubung dengan Education Malaysia Mesir seperti maklumat berikut :
Alamat : Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK),26, Sabil Alkhazender St, From Abdou BashaSquare, Abbasiah, Cairo, Arab Republic of EgyptNo.

“Telefon: +00 202 2487 3858 dan E-mel : [email protected].

“Perkembangan lanjut mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas