Berita

KPKM kaji semula dasar kawal selia agensi

- Diterbit 4 Disember 2024 2:10 PM MYT

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperkemas dan memperkukuh tadbir urus sektro agro makanan dengan pelaksanaan kajian semula terhadap dasar dan perundangan yang mengawal selia agensi KPKM.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kajian dan pindaan terhadap dasar-dasar ini penting dalam memastikan tatakelola institusi termasuk peranan persatuan dan pertubuhan di Bawah KPKM kekal relevan ke arah merealisasikan keterjaminan negara.

“Antara dasar yang sedang dikaji semula selari dengan perubahan landskap ekonomi, teknologi dan cabaran semasa adalah seperti berikut.

“Pertama Pindaan Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973, Akta 110, Akta Pertubuhan Peladang 1973, Akta 109, dan perundangan susidiari di bawahnya. Antara penambah baikan seperti berikut,” katanya dalam pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat.

Sementara itu, Mohamad berkata memperkasa fungsi penguatkuasa dan penyeliaan pendaftar, melindungi hak dan kepentingan anggota pertubuhan peladang yang lebih komprhensif.

Beliau berkata memperkasa pertubuhan peladang dengan perluasan penglibatan meliputi pelbagai peringkat bagi mewakili komposisi ahli pertubuhan turut dibuat.

“Pindaan akta nelayan 1971 akta 44, dan perundangan subsidiari di bawahnya iaitu peraturan peraturan persatuan nelayan 1972,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas