Berita

KPDN Labuan berjaya anjur 37 PJR sepanjang tahun ini

- Diterbit 3 Julai 2024 10:33 AM MYT

SEBANYAK 37 Program Jualan Rahmah Madani (PJR) telah berjaya dilaksanakan oleh Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan sepanjang tahun ini.

Pengarah Pejabat KPDN Labuan, Junaidah Arbain berkata, berdasarkan perancangan awal pihaknya hanya merancang untuk melaksanakan PJR itu sebanyak dua kali dalam sebulan namun pihak terpaksa melaksanakannya pada setiap minggu berdasarkan permintaan dan keperluan masyarakat yang tertekan dengan kos sara hidup yang kian membebankan.

Katanya, sejak pelaksanaan PJR bermula October tahun lalu, KPDN telah berjaya melepasi sasaran penganjuran PJR iaitu sebanyak 300 peratus.

“Berdasarkan keperluan masyarakat di pulau ini yang terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi, maka kami di pihak KPDN menyeru kepada pemain industri khususnya pengusaha pasar raya bersama-sama berganding bahu bersama Kerajaan untuk menjayakan inspirasi PJR ini.

“Kita turut berharap program Payung Rahmah ini dapat mendekatkan Kerajaan dengan rakyat serta dengan objektif inisiatif ini dapat dinikmati oleh masyarakat khususnya di Labuan,”katanya.

Tambah beliau, bermula awal tahun ini pihaknya telah memperluaskan penganjuran PJR di peringkat kampung selaraskan dengan matlamat kerajaan dalam mengutamakan kelansungan hidup rakyat khususnya di pulau ini.

“Kita telah pun memperluaskan kaedah jualah rahmah dengan mengadakan PJR ke kampung kampung sejak awal tahun ini dan ianya mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada masyarakat di sini.

“Penganjuran ini kita akan teruskan dari masa ke semasa dan orang ramai diseru untuk tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan yang dijual 30 peratus lebih murah dari harga asal,”katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas