Berita

KPDN akan kuatkuasa harga baharu diesel

LABUAN, 6 Mei -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali ketika berucap pada sesi taklimat program lawatan kerja ke Pejabat Mahkamah Anak Negeri Labuan hari ini. Akta Anak Negeri khusus untuk Wilayah Persekutuan Labuan akan diwujudkan sebagai usaha memartabatkan sistem perundangan dan kehakiman Mahkamah Anak Negeri di pulau bebas cukai itu. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Diterbit 9 Jun 2024 8:00 PM MYT

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menguatkuasakan harga baharu diesel pada kadar RM3.35 seliter di stesen minyak Semenanjung Malaysia mulai 10 Jun 2024, pukul 12.00 tengah malam ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata ia susulan pengumuman Kementerian Kewangan (MOF) yang memperkenalkan harga baharu diesel tanpa subsidi di semua stesen minyak seluruh Semenanjung.

“KPDN ingin menegaskan bahawa semua arahan dan peraturan sedia ada berkaitan dengan penjualan diesel masih berkuat kuasa dan terpakai dengan pengumuman harga baharu diesel ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Armizan sejumlah 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan akan terus menikmati diesel bersubsidi melalui penggunaan fleet card di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

“Syarikat pengangkutan awam dan barangan yang telah memperolehi kelulusan SKDS tetapi belum menerima fleet card daripada syarikat minyak dikehendaki menyimpan resit pembelian diesel bermula 10 Jun 2024.

“Ini bagi membolehkan tuntutan pembayaran balik tunai dibuat kepada MOF mengikut tatacara permohonan yang akan diumumkan kelak,” katanya.

Justeru itu, Armizan berkata pada masa yang sama, pihaknya menyeru syarikat pengangkutan yang layak tetapi masih belum memohon kelulusan subsidi diesel untuk segera berbuat demikian melalui pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my dan seterusnya memohon fleet card daripada syarikat minyak pilihan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas