KONVOI pertama bantuan kemanusiaan dilaporkan mula memasuki Semenanjung Gaza dari Mesir melalui Lintasan Rafah, menurut Agensi Anadolu (AA).
Bulan Sabit Merah berkata konvoi yang terdiri daripada 20 trak itu sedang dalam perjalanan melalui pintu sempadan Rafah.
Sementara itu, menurut wartawan AA, proses memindahkan bantuan kemanusiaan daripada trak Mesir ke trak Palestin sedang giat dijalankan. – BERNAMA-ANADOLU