Berita

Kompaun khas kadar rata saman JPJ bermula hari ini

- Diterbit 3 Januari 2025 12:02 PM MYT

BERMULA 3 Januari sehingga 30 Jun 2025, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan Inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (flate rate) kepada notis-notis saman JPJ yang terpilih.

Tiga notis saman yang dibenarkan adalah Saman AwAS (Saman 53A) dari Oktober 2018 dan kini; Notis 114 (Notis Panggilan Temu Siasat) dari tahun 2023 dan ke bawah serta Notis 115 (Notis JPJP23 Permintaan Butir-Butir Pemandu) dari tahun 2023 dan ke bawah.

JPJ dalam hantaran berkata, semakan saman boleh dilakukan oleh orang awam melalui saluran Aplikasi MyJPJ; Portal Awam mySIKAP; Kios JPJ; JPJ Mobile dan kauter JPJ.

“Orang awam disaran untuk menyelesaikan notis-notis saman JPJ. Kegagalan mengambil peluang akan mengakibatkan berlaku sekatan urus niaga selepas tempoh tawaran pembayaran khas kompaun berakhir,” ujarnya.

Terdahulu, seiring usaha pendigitalan JPJ Malaysia, terdapat pertambahan fungsi baharu Pembayaran Saman melalui Aplikasi MYJPJ selari perkembangan teknologi bagi memudahkan pembayaran melalui telefon bimbit. – WILAYAHKU

[Iklan]

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas