Biz

Kolaborasi Istimewa ‘Coolblog x WAWA’ perkenalkan 6 perisa baharu… Bawa mesej cintai diri sendiri

- Diterbit 29 Julai 2024 9:50 AM MYT

BUAT pertama kalinya, jenama minuman smoothie popular, Coolblog berkolaborasi dengan jenama kecantikan serta penjagaan diri tempatan terkenal, WAWA, yang diasaskan oleh selebriti terkenal Malaysia, Wawa Zainal.

Gabungan tenaga dan kerjasama unik industri kecantikan dan makanan tempatan ini sekaligus mengangkat jenama tempatan ke tahap yang lebih tinggi.

Apa yang istimewa, kolaborasi hebat ini memperkenalkan enam produk baharu berasaskan buah Epal yang bukan sahaja sinonim dengan kesegaran tetapi juga kecantikan.

MAJLIS Kolaborasi Coolblog X Wawa, di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menurut Wawa, dia mempunyai alasan tersendiri memilih Coolblog sebagai rakan bisnes.

“Saya memilih Coolblog sudah temtu Kerana ia jenama tempatan. Difahamkan juga, pelanggan Coolblog ini kebanyakannya wanita. Jadi ini cara mereka hargai pelanggan dengan memberi produk WAWA Butter Liptint secara percuma.

“Mesej yang ingin disampaikan menerusi kolaborasi ini adalah self love atau cintai diri sendiri.

“Selain itu, saya dan Aeril juga adalah penggemar Coolblog. Kalau travel atau pergi ke mana-mana, saya pasti singgah hentian rehat untuk beli Coolblog. Lagi pun, ia tak manis sangat,” katanya.

Wawa dan suaminya Aeril ditemui pada Majlis Kolaborasi Coolblog X Wawa, di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

DARI kiri: Sueli Lew, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel.

Konsep booth pelancaran kali ini benar-benar memikat dengan gabungan warna pink Coolblog yang ceria dan merah glamor dari WAWA.

Melalui kempen ini, Wawa mempunyai alasan tersendiri untuk bawa mesej tentang mencintai diri sendiri ‘Self Love’ dan kecantikan dari dalam ‘Love From Inner Beauty’.

“Kami percaya setiap individu patut merasakan kecantikan dan keistimewaan mereka.

“Dengan kerjasama bersama Coolblog, kami ingin memberikan anda pengalaman yang penuh keseronokan dan kesegaran, sambil menggalakkan anda untuk menghargai kecantikan semulajadi anda,” ujarnya.

AERIL dan Wawa mahu masyarakat sentiasa menghargai diri sendiri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Coolblog, Sueli Lew, kolaborasi ini memberi nilai-nilaj positif kepada masyarakat.

“Produk Apple Fantasy dan WAWA Butter Liptint direka untuk memberikan kegembiraan dan keyakinan, menjadikan setiap hari anda lebih ceria dan penuh warna.

“Ramai yang teruja dengan rasa dan kualiti Apple Fantasy serta packaging eksklusif Butter Liptint dari Wawa. Kami sangat gembira dengan penerimaan yang luar biasa ini,” katanya.

Melalui Kolaborasi ini Coolblog melancarkan 6 perisa berasaskan epal iaitu Very Apple Fizz & Green Apple Fizz, Very Apple Yoghurt & Green Apple Yoghurt, Very Apple Smoothie dan Green Apple Smoothie.

Setiap dua pembelian produk  anda berpeluang untuk mendapatkan produk WAWA Butter Liptint yang terdiri daripada enam warna menarik.

Cara pembeliannya adalah setiap pembelian dua minuman dari siri Apple Fantasy di outlet Coolblog terpilih akan memberi anda peluang untuk mendapatkan item terlaris iaitu WAWA Butter Liptint dengan packaging eksklusif.

Selain itu, melalui Touch ‘n Go Coolblog Mini App, setiap pembelian Apple Fantasy juga memberi anda peluang untuk memenangi set hadiah eksklusif yang merupakan produk kecantikan dari Wawa yang bernilai RM200. – WILAYAHKU

 

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas