MESKIPUN mengakui negara telah menyaksikan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mempertimbangkan cadangan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tegas Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
“Kementerian kesihatan harap situasi ini dapat dilalui tanpa perlu mengulangi sekatan seperti PKP.
“(Buat masa ini) kita tak cakap pasal PKP… untuk sekarang ini tak ada (rancangan untuk melaksana semula) PKP,” katanya pada sidang media mengenai situasi COVID-19 di Putrajaya hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata mempunyai kira-kira 25 juta dos vaksin dan ia mencukupi untuk rakyat negara ini sekiranya berminat untuk mendapatkan dos penggalak.
“Orang ramai diberi pilihan sama ada boleh membuat temu janji atau walk in untuk mendapatkan dos penggalak,” katanya. – WILAYAHKU