Berita

Kiosk Sentuhan MADANI akses rakyat kepada kerajaan

Foto: PMO
- Diterbit 10 Januari 2025 9:02 PM MYT

KIOSK Sentuhan MADANI pertama yang diwujudkan di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya merupakan inisiatif baharu dalam menambah baik perkhidmatan awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kiosk tersebut prakarsa terbaharu bagi memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan.

“Alhamdulillah, Kiosk Sentuhan MADANI pertama telah berjaya diwujudkan.

” Saya sempat melihat dan mencuba sendiri kiosk digital agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta yang tersedia untuk dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat.

“Ini satu lagi prakarsa penting daripada kerajaan dalam menyantuni keperluan masa kini rakyat, Insya-Allah,” ujar beliau dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, kiosk tersebut melibatkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan, Pos Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tenaga Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan MyDigital ID. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas