KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad membuat lawatan mengejut ke tapak runtuhan pembinaan kondominium di Taman Desa, Kuala Lumpur pagi ini.
Turut serta dalam lawatan tersebut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.
Berikutan insiden itu, pembinaan projek kondominium tersebut dihentikan serta-merta sehingga siasatan bagi mengenal pasti punca runtuhan selesai dijalankan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH). – WILAYAHKU
