PEMPENGARUH dan usahawan terkenal, Khairul Aming berkongsi terkena jangkitan E.Coli.
Perkongsian itu dibuat pempengaruh berusia 32 tahun itu menerusi insta story milkiknya.
“Baru lepas discharge dari hospital. Rupanya terkena jangkitan E.Coli masa buat bantuan banjir minggu lepas.
“Teruk juga diarrhea (cirit-birit) lima hari tak berhenti sampai lesu badan kekurangan air.
“Alhamdulillah sekarang dah sembuh dan boleh sambung kerja macam biasa,” kongsinya di instagram.
E.Coli adalah jangkitan bakteria yang menyebabkan cirit birit, sakit perut dan demam.
Jangkitan E.Coli boleh berlaku dari air atau makanan yang tercemar.
Sebelum ini Khairul Aming dibawa mendapatkan rawatan setelah rebah kerana dipercayai kepenatan daripada Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan, baru-baru ini. – WILAYAHKU