Berita

Kestabilan politik tarik banyak industri melabur dalam negara – Anwar

- Diterbit 23 November 2023 7:05 AM MYT

KESTABILAN politik serta dasar yang jelas merupakan resepi kejayaan Kerajaan Perpaduan berjaya menarik banyak industri besar melabur di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia telah kembali menjadi perhatian syarikat gergasi disebabkan dasar jelas kerajaan dalam memulihkan ekonomi negara.

“Kita Alhamdulillah bersyukur kestabilan politik setahun bawah Kerajaan Perpaduan mengundang banyak industri besar.

“Semalam pagi saya pulang dari San Francisco selain bercakap isu Palestin di hadapan Joe Biden, bersama Kementerian MITI dan Kenterian Luar juga turut menemui syarikat gergasi lain,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri dan Anugerah Tokoh Mahir, Shah Alam, hari ini.

Majlis tersebut merupakan anjuran bersama Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kerja Raya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri turut memberitahu faktor tenaga mahir yang profesional turut menjadi penyebab syarikat besar mahu menambah pelaburan dalam negara.

Anwar berkata setiap pelaburan yang diterima akan membuka peluang kepada rakyat untuk menceburi bidang berkemahiran tinggi.

Tambah Perdana Menteri, Malaysia tidak boleh lagi dikenali sebagai negara yang boleh bertoleransi dengan rasuah dan penyelewengan sambil mengingatkan dana yang diperuntukkan mesti diurus dengan baik.- WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas