Berita

Kes positif catat lebih 6,000 dua hari berturut-turut

KAKITANGAN perubatan sedang menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada seorang pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin. Credit pix - KKM
- Diterbit 20 Mei 2021 8:13 AM MYT

ANGKA kes positif COVID-19 terus menunjukkan peningkatan mendadak apabila Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 6,806 kes baharu yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 492,302 kes.

Semalam, jumlah kes harian yang direkodkan adalah 6,075 kes dan menjadikan dua hari berturut-turut telah mencatatkan rekod tertinggi dan melepasi paras 6,000 kes.

Bagi kawasan Wilayah Persekutuan, secara kumulatif telah mencatatkan kira-kira 707 kes dengan pecahan, Kuala Lumpur, 655 kes, Putrajaya, 35 kes dan Labuan kira-kira 17 kes.

Perincian lanjut berkenaan perkembangan kes COVID-19 akan diperolehi selepas KKM mengeluarkan kenyataan rasmi petang ini. -WILAYAHKU

Pecahan kes baru mengikut negeri:

Selangor – 2,277
Kuala Lumpur – 655
Johor – 615
Sarawak – 608
Kelantan – 426
Kedah – 417
P Pinang – 362
N Sembilan – 291
Perak – 248
Sabah – 245
Terengganu – 233
Melaka – 212
Pahang – 157
WP Putrajaya – 35
WP Labuan – 17
Perlis – 8  – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas