Berita

Kerajaan tidak benarkan kenaikan tarif menjejaskan rakyat – PM Anwar

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim makan tengah hari di Restoran Kak Yan Nasi Campur di Kampung Padang Gaong dan seterusnya menunaikan solat jumaat di Masjid Al Hana Kuah, Langkawi, 27 Disember, 2024. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT - SADIQ ASYRAF/Prime Minister’s Office of Malaysia
- Diterbit 27 Disember 2024 3:28 PM MYT

KERAJAAN Persekutuan tidak membenarkan sebarang kenaikan tarif elektrik yang berisiko menjejaskan orang ramai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebaliknya pihaknya hanya membenarkan kenaikan seperti yang pernah diumumkan hanya melibatkan golongan atasan atau mahakaya.

“Kenaikan seperti mana yang dulu itu hanya melibatkan golongan atasan yang saya sebutkan maaakaya atau industri yang mencatatkan keuntungan,” katanya kepada pemberita di Masjid Al-Hana, Langkawi di sini hari ini.

Beliau sudah hubungi Timbalan Perdana Menteri II yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk berikan penjelasan.

Katanya, meskipun beliau memahami bahawa kos operasi meningkat, namun pada masa sama rakyat terbanyak tidak boleh terkesan dengan kenaikan tarif elektrik.

“Walaupun kos meningkat, ia tidak boleh menjejaskan kedudukan majoriti rakyat.

“Jadi ini saya lihat dari segi dasar, saya faham keperluan (untuk) naik (tarif), tetapi kenaikan tidak boleh melibatkan kedudukan kos kepada majoriti rakyat,” katanya.

Tambahnya, secara terperincinya, TNB dan TPM II, Datuk Seri Fadillah akan menjelaskan.

Semalam, TNB telah mengumumkan kenaikan tarif sebanyak 14 peratus yang bermula pada 1 Julai 2025 kepada Bursa Malaysia.

TNB berkata jadual tarif dicadangkan adalah 45.62 sen KwJ berbanding tarif sebelum ini 39.95 sen/kWj bagi semenanjung Malaysia.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas