Berita

Kerajaan teliti ambil banduan bagi mengurangkan kebergantungan pada pekerja asing

Foto: Alexander Nanta Linggi
- Diterbit 20 November 2024 2:22 PM MYT

PENGGUNAAN khidmat banduan bagi menggantikan pekerja asing sebagai langkah pengurangan dalam pelbagai sektor akan diteliti.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata perkara itu dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing, semalam.

“Isu pekerja asing bukanlah isu baru. Banyak usaha membawa isu ini ke meja rundingan bagi mencari solusi pelbagai permasalahan yang melingkari perkara ini.

“Usaha ini diteruskan dengan pembentukan Jawatankuasa Bersama Atnara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusi Mengenai Pengurusan Pekerja Asing dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim telah mempengerusikan mesyuarat pada hari ini.

“Mesyuarat yang saya hadiri pada hari ini banyak membincangkan hala tuju dan kuota pengurusan pekerja asing termasuk cadangan pengurangan kebergantungan kepada pekerja asing dalam pelbagai sektor melalui pengambilan banduan yang menjalani program pemulihan dalam komuniti,” katanya.

Menurut Alexander Nanta lagi, dalam sektor pembinaan, KKR bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Pusat Pertukaran Pekerja Binaan Bhd (CLAB) melaporkan status usaha pemutihan pekerja asing yang bekerja sebagai personel binaan selesai hampir 50%.

“Hala tuju seterusnya ialah pengintegrasian sistem pengurusan pekerja asing antara CIDB dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi memastikan penyelarasan data yang lebih bersepadu.

“Pasa masa ini, kerja pengintegrasian sistem sedang berjalan lancar mengikut jadual ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut berkongsi kejayan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), kontraktor yang menjalankan tanggungjawab komunitinya dengan pengambilan banduan dalam kontrak pekerjaannya termasuk pemberian latihan kemahiran dalam pembinaan seperti ‘tower crane training’. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas