Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berita

Kerajaan Persekutuan masih kaji penggunaan kenderaan elektrik dalam urusan harian

- Diterbit 27 Jun 2024 2:38 PM MYT

KERAJAAN Persekutuan masih mengkaji penggunaan kenderaan elektrik (EV) dalam urusan dan operasi harian Jabatan dan Agensi bagi menilai dan mendapatkan gambaran sebenar tahap keberkesaan dan viabiliti penggunaan EV.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata langkah itu diambil untuk mengenalpasti isu dan aspek berkaitan pelaksanaan untuk diselaraskan bagi tujuan pelaksanaan program secara menyeluruh.

“Kerajaan komited dengan penggunaan kenderaan elektrik (EV) sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Ucapan Belanjawan 2024, Putrajaya akan dijadikan model bandar rendah karbon Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Chong Zhemin (PH-Kampar) yang bertanya mengenai rancangan kerajaan untuk akan menukar semua kenderaan rasmi Kerajaan kepada EV termasuk kenderaan rasmi Menteri sepertimanayang diumumkan dalam Bajet 2024.

Amir Hamzah berkata antara langkah awal yang akan diambil ialah dengan melaksanakan Inisiatif menggunakan kenderaan elektrik sebagai kenderaan rasmi dengan sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus kenderaan rasmi Kerajaan merupakan Battery Electric Vehicle (BEV) menjelang tahun 2025 sepertimana yang digariskan di dalam Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon (Low Carbon Mobility Blueprint – LCMB). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas