Berita

Kerajaan MADANI iltizam kebajikan rakyat terus terbela

- Diterbit 31 Oktober 2024 3:21 PM MYT

PELBAGAI bantuan diberikan yang disalurkan Kerajaan MADANI kepada masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata bantuan turut diberikan kepada masyarakat India terutama golongan miskin tegar dan yang memerlukan.

“Ini selaras dengan iltizam kerajaan untuk memastikan kebajikan setiap rakyat kekal terbela dan tiada yang tercicir atau dipinggirkan,” katanya di Facebook.

Menurut Anwar semalam Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi berkesempatan menyantuni masyarakat India sekitar Parlimen Indera Mahkota sewaktu Majlis Penyampaian Baucar Deepavali 2024.

Beliau berkata dalam majlis itu, Farhan menyampaikan baucer Jom Shopping Deepavali 2024 kepada 135 penerima bagi membawa keceriaan buat mereka sempena sambutan Deepavali tahun ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas