AHLI Parlimen Kota Beludm Inariassah Munirah Majilis menggesa Kerajaan Persekutuan melibatkan Ahli Parlimen khususnya dari Sabah dalam sebarang perbincangan dan pembangunan negeri.
Katanya, kerajaan perlu mengenepikan sebarang birokrasi dan protokol bagi mencari jalan penyelesaikan berhubung kelewatan projek persekutuan yang berlaku di Sabah.
“Jika boleh buatlah (mesyuarat) secara quaterly (suku tahunan), libatkan kami. Tolak dulu birokrasi, tolak dulu segala protokol ini, mari kita sma-sama selesaikan masalah ini.
“Saya mintalah kepada Menteri, cadangkan dalam parlimen, kita bersedia syaa rasa Ahli Parlimen dari Sabah anytime lah,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada kerajaan berhubung isu kelewatan projek pembangunan di Sabah.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) berkata Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Sabah dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah dan ia turut dihadiri Ketua-Ketua Jabatan yang terlibat untuk melaksanakan pemantauan terhadap sebarang projek yang dilaksanakan. – WILAYAHKU