Berita

Kerajaan angkat martabat semua kaum – PM

- Diterbit 27 April 2025 3:00 PM MYT

“SEMANGAT cintakan negara mesti didokong oleh kepimpinan yang bersih, tegas dan berwibawa,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ujar beliau, langkah tersebut demi mewujudkan kestabilan politik yang kukuh, dasar ekonomi dan pembangunan yang jelas, serta pentadbiran yang super efisien.

“Adalah penting untuk kerajaan terus merangka inisiatif menjamin keutuhan ekonomi negara sambil menjaga kemaslahatan rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.

“Insya-Allah, dengan keupayaan yang ada, saya yakin kita mampu mengangkat martabat semua kaum di negara ini ke arah masa yang depan yang lebih baik satu hari nanti,” ujar beliau dalam hantaran di Facebook.

Tambahnya, dorongan tersebut disampaikan ketika beliau berucap di Majlis Sambutan Aidil Fitri MADANI Peringkat Negeri Perak, yang turut dihadiri pimpinan Kerajaan Persekutuan, Negeri, serta masyarakat setempat. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas