Berita

Keputusan SPM: Semak menerusi SMS, dalam talian Isnin depan

- Diterbit 24 Mei 2024 12:20 PM MYT

SEMUA calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 boleh melakukan semakan keputusan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau secara dalam talian mulai Isnin depan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan di media sosial.

Menurut KPM, semakan melalui SMS itu boleh dibuat dengan menaip SPM, Nombor Kad Pengenalan serta Angka Giliran dan hantar kepada 15888.

“Keputusan SPM bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Isnin, bermula pukul 10.00 pagi.

“Semua calon boleh menyemak keputusan SPM masing-masing dengan mudah dan pantas secara dalam talian, melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau hadir sendiri ke sekolah untuk mendapatkan keputusan jika ketiadaan akses capaian.

“Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2023,” katanya.

Jelas KPM, semakan secara dalam talian boleh dilakukan di laman sesawang myresultspm.moe.gov.my. – WILAYAHKU.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas