Berita

Keputusan SPM 2024 diumum 24 April

SEMINAR Kecemerlangan SPM peringkat Labuan yang diadakan secara percuma baru-baru ini.
- Diterbit 17 April 2025 5:20 PM MYT

KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 akan diumumkan pada Khamis, 24 April 2025.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata keputusan akan diumumkan mulai pukul 10 pagi.

“Calon sekolah boleh hadir ke sekolah untuk mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing manakala calon persendirian boleh hadir ke Jabatan Pendidikan Negeri.

“Calon juga boleh menyemak keputusan SPM Tahun 2024 masing-masing dengan mudah dan pantas secara dalam talian di myresultspm.moe.gov.my atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM, nombor kad pengenalan diikuti angka giliran dan hantar ke 15888.

“Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

Seramai 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut yang dilaksanakan di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas