Berita

Kepengerusian ASEAN: Wilayah Persekutuan sudah bersedia jadi tuan rumah

- Diterbit 7 Januari 2025 11:01 AM MYT

PERSEDIAAN komprehensif sebagai tuan rumah Kepengerusian Asean dengan kira-kira 180 mesyuarat utama dijadualkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dilaksankan secara menyeluruh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, berkata persediaan komprehensif itu merangkumi pelbagai aspek kritikal.

Antaranya termasuk keselamatan, kesihatan awam, pengurusan komuniti dan kesiapsiagaan menghadapi bencana telah dilaksanakan secara menyeluruh oleh agensi-agensi berkaitan di Wilayah Persekutuan.

“Persiapan ini mencerminkan komitmen tinggi Wilayah Persekutuan dalam memastikan setiap acara sepanjang Kepengerusian ASEAN berjalan lancar, selamat dan profesional.

“Saya tegaskan kepada semua agensi di Wilayah Persekutuan untuk memberikan perhatian yang jitu dalam menyambut tetamu negara sempena Kepengerusian ASEAN ini,” katanya pada mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) Wilayah Persekutuan.

Setakat ini, lebih daripada 300 mesyuarat rasmi ASEAN telah dijadualkan berlangsung di seluruh Malaysia.

Zaliha turut menyeru seluruh Wilayah Persekutuan, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti, memberikan sokongan penuh dan kerjasama erat.

Ini bagi memastikan penganjuran Kepengerusian ASEAN 2025 bukan sahaja berjaya, malah menjadi penanda aras baharu dalam penganjuran acara bertaraf antarabangsa. – WILAYAHKU

[Iklan]

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas