MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menegaskan tidak pernah mengeluarkan kenyataan media berkaitan adendum penahanan rumah.
Malah beliau berkata, kenyataan media tersebut adalah palsu.
“Ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab,” tegasnya dalam hantaran di Facebook.
Beliau memberitahu, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang mengeluarkan dan menyebarkan kenyataan media palsu tersebut.
Terdahulu tular mengenai kenyataan media berkaitan adendum penahanan rumah yang memetik kenyataan Dr Zaliha. – WILAYAHKU