KETUA Polis Kuala Lumpur, Komisioner Polis (CP) Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan sebuah kenderaan konvoi yang mengiringi kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abdul Rauf Yusof disahkan terbabit dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Pinang hari ini.
Rusdi satu kenyataan memaklumkan kejadian ini disahkan berlaku pada pukul 3.20 petang di Jalan Pinang, Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur.
“Dalam kejadian tersebut, sebuah kenderaan PDRM yang bertindak sebagai konvoi Lead Car Ketua Menteri Melaka turut terlibat selain tiga buah kenderaan awam terlibat dan lima buah motosikal awam.
“Tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian ini kepada pemandu dan penumpang kenderaan terlibat,” katanya.
Sebelum ini kejadian sama berlaku di Jalan Sultan Ismail menyebabkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas sebatang pokok tumbang menghempap 17 kenderaan dan landasan Monorel akibat hujan lebat serta angin kuat dalam tragedi yang berlaku pada pukul 2 petang itu. – WILAYAHKU