Berita

Kementerian Pendidikan terima peruntukkkan tertinggi RM 64.1 billion, tumpuan projek naik taraf dan penyelengaraan sekolah seluruh negara

- Diterbit 18 Oktober 2024 6:18 PM MYT

KEMENTERIAN Pendidikan menerima peruntukkan tertinggi dalam pembentangan Belanjawan 2025. Kerajaan memperuntukkan RM64.1 bilion ringgit berbanding RM58.7 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyediakan RM2 juta, untuk projek naik taraf dan penyelengaraan sekolah seluruh negara.

“Keutamaan saya kekal memastikan ruangan pembelajaran yang selesa, selamat dan bermakna untuk anak-anak menimba ilmu. Oleh itu RM 2 juta disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara.

“RM 1 billion disediakan untuk menyelenggara semua jenis sekolah terutamanya bilik darjah yang uzur. Ini termasuk sekolah kebangsaan, sekolah Cina, sekolah Tamil, sekolah agama dan kem tentera dan sekolah pendidikan khas Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Sementara RM 1 billion lagi bagi menaik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah terutamanya di Sabah dan Sarawak,” katanya.

“Bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman, kerajaan bersetuju melaksanakan Program Ketersambungan Infrastruktur Jalur Lebar Talian Tetap ke Sekolah-sekolah Luar Bandar dengan peruntukan 100 juta ringgit.

“Projek Point of Presence (POP) sedia ada juga diteruskan dengan peruntukan lebih 800 juta ringgit.

“Alhamdulillah, berkat kesungguhan semua, kita berjaya membaik pulih tandas lebih 8,300 sekolah dalam masa singkat. Tumpuan seterusnya adalah untuk membaik pulih kemudahan lain seperti kantin dan musolla dengan peruntukan 100 juta ringgit.

“Kemudahan lain seperti dewan juga dinaik taraf melalui komitmen badan swasta dan syarikat Kerajaan. Saya menyeru supaya badan swasta, alumni dan dermawan untuk mengambil tanggungjawab korporat menyumbang ke arah persekitaran sekolah anak-anak yang selesa,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas