LAPORAN patologi mengesahkan punca kematian tiga pengunjung konsert Pinkfish Countdown 2024 berpunca daripada pengambilan stimulant drugs intoxication atau dadah perangsang.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, punca kematian seorang lagi mangsa masih belum diperoleh dan dalam tindakan pihak hospital.
“Setakat ini seramai 53 orang saksi sudah dirakam percakapan berhubung kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau menambah, seorang lagi mangsa masih berada di hospital dan dalam keadaan stabil, tetapi memerlukan pemantauan rapi.
“Siasatan masih diteruskan dan akan dirujuk ke koroner setelah siasatan lengkap,” katanya.
Menurut kenyataan sebelum ini, pihak polis menerima empat laporan daripada sebuah pusat perubatan mengenai kematian dua lelaki dan dua wanita yang menghadiri konsert ambang tahun baharu itu. – WILAYAHKU