Berita

Kemas kini maklumat anda

- Diterbit 16 Disember 2024 5:44 PM MYT

MULAI tahun 2025, bil cukai taksiran akan dihantar secara atas talian kepada pemilik harta di Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya. Tiada lagi urusan pengeposan cukai taksiran akan dijalankan.

Sehubungan itu, semua pemilik harta di WP Putrajaya dimohon untuk mengemas kini maklumat peribadi dan e-mel bagi tujuan penghantaran bil cukai taksiran secara atas talian.

Sila imbas kod QR seperti di poster untuk kemas kini data peribadi dan e-mel. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas