Berita

KDN umum pelaksanaan dua inisiatif strategik

KUALA LUMPUR, 17 Feb -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sesi jawab lisan ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat hari ini.????-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Diterbit 22 April 2025 12:15 PM MYT

DUA inisiatif utama diumumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini melibatkan pelanjutan program Liberalisasi Visa dengan China serta langkah memperkasa pelaksanaan Digital ID di Malaysia.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh bebas visa 90 hari kepada rakyat China selama lima tahun lagi, susulan peningkatan ketara jumlah pelancong serta impak ekonomi yang tinggi.

“Setakat April 2025, hampir 900,000 pelancong China tiba di Malaysia. Nilai perbelanjaan mereka mencecah RM7,000 seorang – ini memberi impak segera kepada ekonomi tempatan,” katanya.

Dalam isu Digital ID pula, beliau mengakui proses pendaftaran (onboarding) masih perlahan dan kerajaan akan membentangkan pindaan Akta Pendaftaran Negara di Parlimen bagi mewujudkan kerangka undang-undang sah untuk penggunaan sistem ini.

“KDN akan pastikan Digital ID bukan sahaja sah secara perundangan, tapi juga mesra pengguna dan menyeluruh dalam semua sektor,” tambahnya.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas