Berita

KDN laksanakan kajian pindaan Akta Hasutan

- Diterbit 27 November 2024 11:21 AM MYT

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) telah melaksanakan satu kajian bagi menilai sama ada pindaan terhadap Akta Hasutan perlu dibuat supaya ianya seiring dengan peredaran masa.

Menurut KDN, kajian itu dibuat bagi menangani isu terutamanya melibatkan pelanggaran daripada elemen 3R (Race, Royalty dan Religion).

“Selaku kementerian yang menerajui aspek keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam, KDN sentiasa komited dalam mengkaji dan menambahbaik semua undang-undang di bawah kawal selia Kementerian.

“KDN akan terus menyokong reformasi negara berlandaskan nilai ihsan, kesejahteraan, keyakinan dan kemampanan demi memastikan hasrat Agenda Malaysia MADANI dicapai,” katanya dalam jawapan bertulis do parlimen.

KDN berkata abgi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, ianya merupakan akta di bawah kawal selia Kementerian Komunikasi.

“Pindaan berhubung akta tersebutsedang diperhalusi oleh Kementerian Komunikasi sebagai langkah memperbaiki aspek keselamatan dan rangkaian susulan peningkatan penggunaan dan kebergantungan orang ramai terhadap perkhidmatan digital,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas