Berita

Karnival Setahun Kerajaan MADANI akan diperluas ke seluruh negara

Kredit foto: Facebook Anwar Ibrahim
- Diterbit 11 Disember 2023 9:19 AM MYT

KARNIVAL Setahun Bersama Keranaan MADANI yang menutup tirai hari ini akan diperluas ke seluruh negara dengan Negeri Selangor akan menjadi negeri pertama menganjurkan karnival berkenaan pada Januari tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, karnival berkenaan akan menjadi platform menyampaikan maklumat berkaitan kerajaan secara menyeluruh kepada rakyat selain rakyat juga diberi peluang untuk mengusulkan cadangan serta penambahbaikan bagi memantapkan lagi pentadbiran kerajaan.

โ€œOleh kerana kejayaan yang kita saksikan tiga hari ini, maka kita akan turunkan dengan kemudahan yang sudah disiapkan, bulan Januari, MB Selangor setuju supaya kita mulakan laporan ini di negeri Selangor dan secara berikutnya pindah ke negeri lain dengan kos lebih rendah sebab kita siapkan laporan yang sama dengan mungkin sedikit penambahan dari kerajaan negeriโ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis penutup Program karnival Setahun Bersama Kerajaan Malaysia MADANI di Bukit Jalil, ibu negara.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta jemaah menteri kabinet lain.

Menurut Perdana Menteri kerajaan memerlukan ruang untuk melaksanakan sebarang anjakan paradigma dan perubahan dalam memastikan setiap program yang dirancang berjaya sekaligus memberi manfaat kepada rakyat.

โ€œJadi dasar-dasar baik MADANI, Ekonomi MADANI, peralihan tenaga, transfromasi digital , kajian semula RMK12 dan pelan induk perindustrian, itu bukan hanya paparan atas kertas.

“Hari iniย ย apakah ia satu pengumuman dasar atau pelaksanaaan menurut projek yang telah dilaksanakan, dan saya sebut tidak semua di tahap memuaskan tetapi ada ruang untuk perbaiki dan mulakan dengan anjakan paradigma bermakna di beberapa tempat anjakan paradigma itu mudah bunyinya, anjakan paradigma bukan sikit tetapi ia bererti keberanian dan kesungguhan supaya negara dan rakyat memperoleh manfaatโ€. ujarnya – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas