Berita

Kanak-kanak empat tahun maut jatuh dari tingkat 16 di Putrajaya

- Diterbit 16 Julai 2024 11:46 AM MYT

SEORANG kanak-kanak perempuan berumur empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari bilik tidur utama di tingkat 16 sebuah perumahan di Presint 9, di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A.Asmadi Abd Aziz berkata polis menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi tadi.

Beliau berkata semasa kejadian bapa kanak-kanak itu yang merupakan seorang penolong akauntan telah keluar menghantar kakak kanak-kanak itu ke sekolah berdekatan, manakala ibu kanak-kanak itu, seorang guru tadika, telah keluar bekerja.

“Kanak-kanak itu merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jenazah kanak-kanak itu kini berada di Unit Forensik Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas