PASANGAN selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose turut dikecam netizen gara-gara mengikut trend di TikTok.
Kamal dan Uqasha yang meniru aksi ‘Trend Nirmala’ itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen kerana membuat gaya yang pelik dan kurang sesuai dengan maksud lagu Nirmala itu sendiri.
Lagu Nirmala nyanyian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu diilhamkan daripada sebuah kisah benar zaman Rasulullah s.a.w.
Di mana kisahnya tentang isteri Rasulullah s.a.w. iaitu Saiyidatina Aisyah yang difitnah ketika itu tidak bersalah.
Menjengah dalam ruangan komen akauan TikTok @UqashaSenrose, kebanyakan mereka tahu maksud lagu Nirmala.
Tidak salah ikut trend, tetapi biarlah sesuai pada tempatnya dan sentiasa peka agar tidak menyentuh perkara yang sensitif.
https://vt.tiktok.com/ZSN2AXoq7