PASUKAN petugas dipimpin oleh Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan dibentuk bagi mengkaji semula akta dan peraturan lapuk.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, hasil dapatan tersebut akan dibentangkan kepadanya pada penghujung suku kedua tahun ini.
“Terdapat keperluan untuk perkara itu memandangkan akta dan peraturan yang mengawal selia Wilayah Persekutuan telah wujud sejak berdekad lamanya dan tidak lagi sesuai dengan realiti semasa.
“Saya minta untuk pasukan petugas tersebut nanti turut melihat bagaimana untuk mengoptimumkan peranan kita sebagai state-like function boleh dimuktamadkan,” katanya dalam Majlis Aspirasi bersama warga Wilayah Persekutuan dan agensi hari ini. – WILAYAHKU