JUMLAH mangsa banjir di Kedah dan Perlis mencatatkan peningkatan pada pagi ini, manakala di Johor dan Perak menunjukkan sedikit penurunan.
Di KEDAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,503 orang daripada 1,141 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 2,771 orang daripada 924 keluarga malam tadi.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain dalam kenyataannya memaklumkan bahawa semua mangsa ditempatkan di 23 pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, dan Pendang.
“Dua PPS yang masih dibuka di Pontian adalah SK Seri Anom dan SK Parit Markom manakala masing-masing satu di SK Sungai Linau, Kluang serta SK Seri Bunut di Batu Pahat,” katanya dalam kenyataan dan turut memaklumkan Sungai Sembrong di Parit Batu 2 Sembrong, Batu Pahat berada pada paras amaran.
Di PERAK, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir pagi ini menurun sedikit kepada 136 orang daripada 40 keluarga berbanding 137 orang daripada 40 keluarga di dua PPS di daerah Kerian, malam tadi.
“Seramai 71 orang daripada 20 keluarga berlindung di PPS SK Changkat Lobak, manakala di PPS SK Parit Haji Aman, Bagan Serai menempatkan 65 orang daripada 20 keluarga,” menurut sekretariat itu. – BERNAMA