KERAJAAN Madani dijangka akan menurunkan hutang baru yang diunjurkan bernilai yang RM 85 billion pada tahun ini kepada RM 80 billion pada tahun hadapan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia lebih rendah berbanding RM 100 billion pada 2022, dan lebih RM 90 billion pada 2023.
“Hutang akan terus meningkat selagi tidak dikurangkan defisit. Maka langkah-langkah tegas dan berperingkat telah diambil bagi mengurangkan kadar defisit secara konsisten.
“Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) menetapkan penanda aras yang jelas terkait pengurusan hutang dan defisit fiskal.
“Kerajaan MADANI mewarisi bebanan hutang yang menggunung. Paras hutang tahun lalu adalah pada 1.2 trilion atau lebih 64 peratus KDNK. Jika termasuk liabiliti, paras hutang telah mencecah 1.5 trilion ringgit atau 80 peratus KDNK.
“Bagi setiap seringgit pungutan cukai, 16 sen perlu dibelanja hanya untuk membayar faedah hutang; dan ini tidak termasuk hutang pokok.
Pengurangan kadar desifit dan pinjaman baharu secara berperingkat setiap tahun membolehkan negara mencapai sasaran jangka sederhana FRA iaitu defisit fiskal pada kadar tiga peratus dan paras hutang di bawah 60 peratus KDNK. – WILAYAHKU