Berita

JPV periksa kondominum kes seksa, bunuh kucing

PENEMUAN puluhan bangkai dan rangka kucing di Kondominum Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri pada 11 Mac. Gambar - Facebook Persatuan Haiwan Malaysia
- Diterbit 28 Mac 2023 7:17 AM MYT

JABATAN Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) telah membuat pemeriksaan susulan berhubung kes seksa, bunuh kucing di Kondominum Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras baru-baru ini.

Pemeriksaan itu dijalankan susulan Persatuan Haiwan Malaysia menggesa JPV membuat siasatan menyeluruh dan komprehensif berhubung penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di lokasi berkenaan pada 11 Mac lalu.

JPV dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut tidak lagi berpenghuni dan telah dibersihkan serta tidak menjumpai sebarang bangkai haiwan.

“JPV sedang meneliti kes ini dan akan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan lanjut,” jelas kenyataan tersebut.

“Sebarang aduan, mana-mana persatuan berkaitan haiwan termasuk orang awam diminta untuk menyalurkan secara terus kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar melalui awa.dvs.gov.my (MyAnimalWelfare) bagi membolehkan tindakan segera dilakukan oleh Jabatan,” jelas kenyataan tersebut. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas