KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) sentiasa mengambil perhatian terhadap dasar-dasar berkaitan dengan kelayakan pasangan asing warganegara untuk bekerja di negara ini.
KDN berkata bagi warganegara asing yang telah berkahwin dengan warganegara Malaysia sama ada suami atau isteri dan tinggal menetap di dalam negara untuk suatu tempoh tertentu boleh diberikan kemudahan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
“Pasangan kepada warganegara boleh dan dibenarkan memohon kepada JIM bagi kebenaran mendapatkan pekerjaan atau menjalankan perniagaan secara sah mengikut undang-undang negara.
“Kebenaran tersebut diberikan tanpa perlu menukarkan pas sedia ada kepada Pas Penggajian,” katanya.
KDN berkata demikian ketika menjawap soalan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) yang bertanya mengenai inisiatif yang diambil oleh
Kerajaan untuk menyemak semula dasar kelayakan pasangan bukan warganegara (foreign spouse) untuk bekerja agar mereka juga boleh
menyumbang kepada ekonomi negara, memandangkan terdapat kebimbangan tentang brain drain dan keperluan memaksimumkan bakat dalam negara semasa sesi jawapan lisan di parlimen.
Menurut KDN pemegang pas pasangan yang dibenarkan bekerja ini adalah secara bersyarat dan bukan diperolehi secara automatik.
“KDN bersedia untuk melihat semula dasar sedia ada berkaitan kelayakan pasangan asing warganegara untuk bekerja bagi memenuhi keperluan ekonomi dan mengurangkan
kebergantungan kepada tenaga kerja asing,” katanya. – WILAYAHKU