PENYANYI Datuk Jamal Abdillah, 66, menyambut kehadiran bayi ketujuh yang diberi nama Magdalena Yamani pagi tadi.
Bayi perempuan seberat 2.94 kilogram itu lahir melalui kaedah pembedahan kira-kira jam 9.38 pagi tadi.
Berita berkenaan dikongsikan penyanyi yang popular dengan lagu Sandarkan Pada Kenangan itu kepada pihak media.
Magdalena Yamani (gadis yang dipuja Nabi Yusof) adalah anak kelima hasil perkongisan hidup Raja Pop itu, dengan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 29.
“Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan sempurna, anak dan isteri kedua-duanya okay. Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana memberi kami rezeki ini,” katanya.
Sebelum ini Jamal yang berkongsi hidup dengan Zai Izzati pada 1 April 2017, sudah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 6; El Isaac Yamani, 5; Iskandar Rayyan Yamani, 3; dan Rahil Laura Salsabila Yamani, 2.
Jamal juga mempunyai dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 18. – WILAYAHKU
[Iklan]