KUALA LUMPUR – Operasi Sanitasi Awam di ibu kota diteruskan pada pagi ini dengan menyasarkan beberapa kawasan di sekitar Jalan Masjid India.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, operasi tersebut dilaksanakan di dua kawasan Parlimen iaitu Lembah Pantai dan Bukit Bintang.
“Kawasan Jalan Masjid India merupakan sebahagian daripada kawasan Parlimen Bukit Bintang yang mencatatkan kes positif Covid-19 yang tinggi,
“Parlimen Lembah Pantai juga telah diletakkan sebagai Zon Merah,” katanya kepada pemberita setelah meninjau Operasi Sanitasi Awam di Jalan Raja di sini hari ini.

Nor Hisham berkata, lagi, operasi ini dilakukan secara berterusan mengikut nasihat daripada Kementerian Kesihatan melibatkan kawasan ‘hot spot’.
“Kita lakukan di 11 kawasan Parlimen dan ia diulang semula di lokasi berkenaan sehingga selesai,” katanya.
Terdahulu operasi berkenaa melibatkan kira-kira 100 anggota Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) selain 56 kakitangan Alam Flora Sdn. Bhd. – WILAYAHKU