Berita

Jaga kesihatan walau sibuk bekerja – Zaliha

Foto: Dr Zaliha Mustafa
- Diterbit 19 September 2024 2:42 PM MYT

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menekankan penjagaan kesihatan dalam kehidupan.

Beliau berkata amalan gaya hidup sihat perlu diseimbangkan dengan bebanan kerja supaya prestasi kerja kekal optimum.

Zaliha berkata demikian selepas melakukan aktiviti sukan semalam bersama pasukan pejabat kementeriannya di IOI Sports Centre.

“Seronok jugak dapat keluar peluh beriadah macam ini.

“Malam ini luangkan sikit masa dengan pasukan pejabat menteri main badminton di IOI Sports Centre.

“Sekali sekala ‘bonding time’ dengan pasukan. Dr Z nak ingatkan, walau sesibuk mana pun kita, penjagaan kesihatan tetap kena tekankan,” katanya di Facebook.

Menurut Zaliha semalam beliau turut berkesempatan menonton perlawanan sempena Malaysian Indoor Hockey League 2024 di antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melawan Malaysia University.

“Kebetulan pula tadi masa sampai, pegawai saya maklumkan yang di tempat yang sama sedang ada perlawanan sempena Malaysian Indoor Hockey League 2024 di antara DBKL melawan Malaysia University.

“Setakat saya tengok tadi, DBKL dah mendahului 3-1,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas