Berita

“Jadilah pendengar setia dan bahu tempat bersandar buat isteri”… Pesan Kak Yaya kepada para suami usahawan

KAK Yaya (tengah) di Fantastic Food Festival anjuran Kak Nab di Alor Setaraf, Kedah.
- Diterbit 19 November 2024 6:00 AM MYT

SETIAP wanita yang sibuk sebagai usahawan mengharapkan sokongan seorang suami serta sentiasa berada di sisi mereka ketika susah mahupun senang.

Hal demikian dikongsikan usahawan selebriti iaitu orang kuat Yaya Empire Perfume Nadia Mat Isa selepas beberapa isu terpalit mengenai keretakan rumah tangga golongan usahawan wanita sejak akhir-akhir ini.

KAK Yaya (tengah) di Fantastic Food Festival anjuran Kak Nab di Alor Setar, Kedah.

Lebih mesra di sapa Kak Yaya, dia berkata saling percaya antara pasangan suami isteri sangat penting dalam menghadapi sebarang masalah berkaitan perniagaan juga peribadi.

“Pada saya sebagai wanita yang juga usahawan, apa yang kita harapkan daripada seorang insan bernama suami ialah memahami diri kita dan meletakkan kepercayaan masing-masing.

“Paling penting kita kena saling menjaga emosi, para suami jadilah pendengar yang setia dan bahu tempat isteri bersandar.

“”Alhamdulillah saya bersyukur, suami seorang yang sangat faham dan percaya kemampuan saya,” katanya ketika ditemui pada acara Fantastic Food Festival Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Dia turut menitip pesan, tinggi manapun kedudukan serta kejayaan yang dicapai, tugas hakiki seorang isteri tetap dilakukan serta menghormati suami.

Sementara itu suami Kak Yaya, Sazli Mahmood berkata, dia tidak menafikan ada kerisauan yang bersarang di hati selepas isterinya semakin dikenali.

“Setiap bernama lelaki ada kerisauan dan itu normal, cuma saya seboleh mungkin akan berusaha bersama dan menemani isteri, ya sekarang dah macam artis ada peminat,” katanya tertawa.

KAK Yaya bersama DJ Lin

Dia yang juga Ahli Lembaga Pengarah Yaya Empire berkata, antara mereka saling berpesan agar saling berjaga-jaga dalam segala tindakan kerana semakin tinggi kedudukan semakin besar cabaran mendatang.

“Saya kenal isteri saya Insya-Allah dia tidak akan lupa diri, Yaya seorang yang sangat komited dan pemurah dalam kehidupan hariannya dan saya di sisi akan terus menyokong sebagai tulang belakang buat dirinya.

“Isteri tulang rusuk kita bagaimana acuannya, bagaimana dibentuk begitulah jadinya, kalau keras sangat dia akan patah kalau tak betul dia akan membengkok begitulah,” katanya.

KAK Yaya juga menekankan setinggi mana pun wanita berjaya dalam bisnes, tugas hakiki tetap kepada suaminya.

Dalam pada itu, Yaya Empire Perfume mempunyai matlamat mengangkat wanita termasuk suri rumah menjadi usahawan sekaligus mampu menjana pendapatan keluarga dan membantu golongan suami.

Katanya, Yaya Empire sendiri mempunyai 1,500 usahawan sehingga kini di mana 99 peratus adalah golongan wanita dan suri rumah.

“Lebih menarik, ada usahawan Yaya Empire yang sudah menjana pendapatan mencecah tujuh angka sebulan bermula dengan modal awal hanya RM80 sahaja.

“Kita sedia membimbing asalkan rajin dan ada usaha serta kesungguhan kerana bukan mudah untuk berjaya serta jatuh bangun itu adat orang berniaga,” katanya.

Produk wangian tempatan ini juga sudah menembusi pasaran Brunei, Singapura, Thailand dan Korea Selatan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas