Berita

IWK buat pemecahan serpihan sejauh 69 meter

Foto: DBKL
- Diterbit 26 Ogos 2024 3:22 PM MYT

INDAH Water Konsortium (IWK) akan membuat pemecahan serpihan menggunakan ‘jetter’ sejauh 69 meter bagi mengesan seorang wanita warga India yang hilang selepas terjatuh dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India Jumaat lalu.

Pemecahan serpihan itu dilakukan bermula dari lokasi tanah jerlus sehingga ke lurang kumbahan hilir.

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa masih diteruskan membabitkan pelbagai agensi.

Menurutnya, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) turut menjalankan pemeriksaan di Loji Pantai Dalam.

“Untuk rekod, pihak IWK telah melaksanakan ‘flushing’ di lurang kumbahan lima mulai lewat malam tadi sehingga pukul 2 pagi tadi.

“Walau bagaimanapun, belum menemui sebarang petunjuk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, orang awam dipohon memberikan kerjasama dengan tidak berada berhampiran lokasi insiden bagi memastikan kelancaran kerja-kerja pencarian dilakukan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas