Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Selebriti

Isu curang runtuhkan mahligai Bella

- Diterbit 28 Jun 2024 4:30 PM MYT

RUMAH tangga pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah sekali lagi menemui jalan perpisahan selepas Aliff melafazkan cerai talak satu pada Jun 2024 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Sebelum itu, satu Malaysia ‘disajikan’ dengan berita kecurangan Aliff Aziz dengan beberapa artis wanita dan terbaharu ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies.

Bella mendakwa suaminya, Aliff Aziz pernah berlaku curang terhadapnya sebanyak 11 kali termasuk dengan adik kandungnya.

Dalam masa yang sama, Bella mempunyai cukup bukti terhadap setiap perbuatan curang suaminya itu.

“Orang tahu Aliff curang empat dan lima kali sahaja tapi sebenarnya 11 kali. Saya ada bukti dan Aliff tahu semua ini,” katanya.

Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016, namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas