BUKAN mudah untuk sampai ke tahap sekarang. Begitulah yang terjadi kepada usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri.
Menerusi perkongsian video terbaharu daripada Aliff Syukri di Instagram pada Isnin meraih rasa simpati dan terharu dalam kalangan netizen.
Dalam video tersebut, Aliff mengenang perjalanan hidupnya bersama isteri, Datin Seri Shahida.
Dalam kapsyen menyentuh hati, Aliff meluahkan rasa syukur terhadap segala yang telah dilalui sepanjang hidupnya.
“Ini kisah saya. Tidak sangka dah tua dah saya, dah boleh panggil pak cik dan mak cik. Jauhnya perjalanan hidup saya dah. Dari budak yang dilahirkan di Felda Kecau, Pahang, sampailah sekarang.
“Terima kasih kepada pengalaman yang lepas, yang menjadi menjadikan saya lebih matang,” tulisnya menerusi ruang kapsyen hantaran berkenaan.
Malah penyanyi lagu Ingin Bahagia ini juga turut menitipkan dedikasi buat ahli keluarga tercinta yang telah pergi menghadap Ilahi.
“I love my family. Saya rindu sangat dengan arwah abah, arwah nenek dan arwah bapa mertua saya. Al Fatihah untuk mereka,” luahnya.
Menerusi paparan video itu juga, Aliff turut berkongsi kisah cinta bersama Shahida yang bermula sejak 20 tahun lalu.
Menurutnya, perkenalan dengan isteri bermula ketika mereka sama-sama bekerja di syarikat kosmetik Sendayu Tinggi.
“Ini cerita kami, 20 tahun yang lepas. Kami berkenalan di pejabat ketika itu saya bekerja sebagai kerani di Sendayu Tinggi dan kami bernikah pada ketika itu umur saya 20 tahun. Pada masa itu gaji saya RM1800.
“Iklan sungguh bermakna tak sangka pula dia jadi isteri saya. Pengalaman saya berniaga dari bawah mengajar saya sampai ke hari ini.
“Zaman sekarang zaman TikTok, isteri saya banyak membantu susah senang sehingga ke tahap ini.
“Semua ini berkat doa ibu dan isteri saya, tak sangka pula dapat anugerah dari TikTok. Indah sungguh percaturan hidup ini semoga keluarga kami kekal bahagia sampai ke Jannah,” kongsinya. – WILAYAHKU