ISTERI vokalis XPDC Ali, iaitu Sharifah Azuwanna Syed Joned, 54, meninggal dunia di Hospital Putrajaya, jam 6.08 petang tadi akibat kanser payudara.
Berita pemergian isterinya disahkan oleh Ali yang berada di sisi ketika arwah menghembuskan nafas terakhir.
Ali yang ditempatkan di Hospital Cyberjaya nyata begitu sedih dengan pemergian isterinya yang banyak membantu keluarga sejak penyanyi itu jatuh sakit.
Menurut Ali, jenazah isterinya dibawa ke Masjid Bandar Salak Tinggi, Sepang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Salak Tinggi selepas Isyak.
Pada 24 Mac lalu, Allahyarham Sharifah Azuwanna telah menerima rawatan di Hospital Putrajaya kerana kanser payudara, sementara Ali dimasukkan ke Hospital Cyberjaya untuk menerima rawatan paru-paru berair dan jantung lemah.
Bagaimanapun, Ali sudah dibenarkan keluar dari wad sejak Khamis lalu dan kini berehat di rumah. – WILAYAHKU