Berita

Ina Naim kembali bergelar isteri

- Diterbit 8 November 2024 3:35 PM MYT

BALU kepada bekas penyanyi nasyid In-Team, Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim, 40, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor, 41, tepat jam 9.30 pagi tadi di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, Johor dengan sekali lafaz.

Pernikahan itu disempurnakan Penolong Pendaftar Nikah Daerah Kota Tinggi, Mohammad Ramdhan Mahroji berwakil walikan bapa Ina, Naim Samijan.

Pada majis pernikahan itu, Khairul menyerahkan mas kahwin bernilai RM 100 serta wang hantaran sebanyak RM 7,000. Pihak lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran pada majlis yang berlangsung secara kecil-kecilan itu.

Difahamkan Khairul memulakan langkah dengan menghantar mesej melalui aplikasi whatsapp kononnya ingin membeli barangan jualan isterinya itu di Tik Tok.

Khairul yang merupakan duda kepada dua cahaya mata sebelum ini pernah bertugas sebagai tenaga pengajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM).

Ina atau nama sebenarnya Nor Diana Mohd Naim sebelum ini berkahwin dengan Allahyarham Suhaimi atau Mohd Suhaimi Saad, 43, pada 12 Ogos 2007

Bagaimanapun Suhaimi, 43, meninggal dunia pada 15 November tahun lalu, akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas