SEBUT sahaja Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pastinya anda akan mengingati lagu popular Chow Kit Road nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman
Arshad.
Apatah lagi jalan ini pernah diadakan Konsert Gergasi Mega Chow Kit Road Sudirman di tengah-tengah jalan ibu kota yang dibanjiri lebih 100,000 orang pada tahun 1986.

menghimpunkan lebih 100,000 orang membanjiri Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur bagi menyaksikan persembahannya
Menjadikan seniman muzik negara itu sebagai sumber inspirasi, Kafe Sudirman semestinya lokasi tepat buat para peminat mengubati kerinduan terhadap penghibur nombor satu selain dapat mengimbau kembali kenangan di zaman 80-an.
Bertempat di EDC Hotel Kuala Lumpur (berhampiran GM Plaza), para pengunjung akan dihiburkan dengan lagulagu popularnya seperti Pelangi Petang, Merisik Khabar, Balik Kampung serta beberapa koleksi gambar dan barangan peribadi beliau yang dipamerkan di setiap sudut kafe itu.

Sempena pembukaan semula sektor ekonomi di kawasan Fasa 3, kafe ini memperkenalkan pelbagai menu utama baharu yang terdiri daripada masakan Melayu dan barat yang di inspirasikan daripada lagu Allahyarham.
“Antara menunya adalah nasi lemak basikal tua, mee rebus ketam kulim, ketam berinti, spaghetti Aglio Olio dan banyak lagi,” kata Pengarah Pemasaran Kafe Sudirman, Suzzy Hashim Kamal ketika ditemui Wilayahku baru-baru ini.

Menurut Suzzy Hashim, kafe tersebut turut memberikan promosi ‘ladies’ khusus buat golongan wanita pada setiap hari Jumaat dengan harga bermula daripada RM10.90.
“Ladies lunch ini khusus buat golongan wanita dimana mereka boleh mengisi waktu rehat bekerja atau berjumpa rakan sambil menikmati juadah seperti fish and chip, spagehetti salted egg, laksa Tokman, nasi goreng udang petai dan banyak lagi.
“Selain makan, mereka juga boleh berkaraoke secara percuma sepanjang mereka berada di sini,” katanya.

Tambahnya, setiap makanan yang disediakan di kafe ini bermula dengan harga RM10.90. Buat pengunjung yang ingin merasai juadah yang disediakan di Kafe Sudirman, anda boleh kunjungi kafe yang terletak di EDC Hotel Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut, bermula pukul 7 pagi sehingga 11 malam atau menghubungi talian 03-40503601 untuk maklumat lanjut. – WILAYAHKU – HAZIRAH HALIM